Headlines News :
Home » » Hina Islam : NGO Islam P.Pinang cabar DAP pecat Ngeh

Hina Islam : NGO Islam P.Pinang cabar DAP pecat Ngeh




GEORGE TOWN - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang mendesak DAP memecat Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal tindakan umat Islam membantah penyiaran filem anti-Islam "Innocence Of Muslims". Wakil NGO berkenaan Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, berkata DAP yang memperjuangkan demokrasi sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin mereka itu (Ngeh), yang memperlekeh dan mempersenda agama lain.

 "Kami hadir di dataran pidato di sini (Padang Kota) hari ini bagi mengutuk tindakan beliau (Ngeh) yang langsung tidak sensitif terhadap agama Islam dengan memperlekehkan kita.

Ngeh sepatutnya meletakkan jawatannya dalam politik kerana mempersoal agama Islam. "Selain itu, semua NGO yang ada di sini juga mendesak Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, mengambil tindakan tegas terhadap beliau, tindakan Ngeh memang langsung tidak boleh diterima oleh orang Islam," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman di dataran pidato.

 Lebih 300 orang berkumpul sambil membawa sepanduk dan memegang poster gambar Ngeh bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan pemimpin DAP itu mempersoal sama ada protes umat Islam terhadap filem terbabit membuang masa dan tenaga menerusi laman Twitternya, minggu lepas.

 Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Al-Ehsan, Persatuan Melayu Tanjung dan Pertiga.- Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger