Susulan pendedahan rakaman suara dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang seperti yang disiarkan sebuah televisyen malam kelmarin, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman ‘diserbu’ media bagi mendapatkan pengesahan terhadap rakaman suara itu.
Mansor yang menghadiri Majlis Penyerahan Pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Fasa 3) bagai sudah menduga kehadiran media di majlis berkenaan untuk mendapatkan pengesahannya berhubung isu itu.
Beliau yang enggan mengadakan sidang media secara teratur dilihat seolah-olah ingin melarikan dari media namun berjaya ‘dihalang’ untuk berbuat demikian.
Ketika ditanya berhubung pendedahan rakaman suara itu, Mansor menafikan beliau melabel Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai angkuh dan sombong dalam mesyuarat terbabit.
Beliau juga enggan menjawab sama ada rakaman terbabit tulen dan suara di dalam rakaman itu adalah miliknya.
“Jawapan saya ialah, pilihan raya umum sudah dekat. Itu sahaja jawapan yang saya boleh beri. Saya rasa itu jawapan yang baik,” katanya kepada media semalam.
Setelah didesak, Mansor kemudiannya mengakui rakaman itu dikeluarkan orang partinya sendiri yang menghadiri mesyuarat berkenaan pada 15 April lalu.
“Orang yang hadir itu la siapa lagi. Kamu semua pun tahu kan? Ini adalah urusan parti. Parti akan mengambil tindakan ke atas individu yang mengeluarkan rakaman itu,” katanya.
Menjawab soalan media berhubung kenyataannya yang mengesyaki ada pihak menawarkan ganjaran untuk mendapatkan rakaman itu, Mansor mengakui ada mengeluarkan kenyataan itu dalam sebuah suratkhabar berbahasa Inggeris kelmarin.
“Ya, memang saya ada tanya kepada suratkhabar itu, berapa banyak individu berkenaan dibayar untuk dedahkan rakaman itu.
Cukuplah saya tidak mahu komen lagi,” katanya.
Isu ini hangat diperkatakan media serta blog sejak Ogos lalu apabila beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' dibocorkan dan tersebar.
Mansor pengerusi mesyuarat
Dalam minit itu, mesyuarat berkenaan yang didakwa dipengerusikan Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri oleh lapan ahli jawatankuasa lain antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik.
Lapan ahli jawatankuasa itu adalah Timbalan Ketua Bahagian PKR Bukit Bendera, Felix Ooi; Timbalan Ketua Bahagian Bayan Baru, Tan Seng Keat; bekas calon Dun Batu Uban, Raymond Ong dan Ketua Bahagian Bukit Bendera, Jason Ong.
Turut hadir Ketua Pemuda Bahagian Tanjung, Ng Cheng Siang; Ketua Cawangan Batu Uban, Cheah Peng Guan, Timbalan Ketua Perhubungan Negeri, Law Choo Kiang dan John Ooi.
Ia turut mencatatkan bahawa Guan Eng sebagai seorang yang sombong dan sukar digugat kerana pengundi Cina menganggapnya sebagai 'tokong'.
PKR juga didakwa sedang merangka tindakan tertentu untuk memastikan calonnya berjaya dalam PRU termasuk menyediakan calon “tambahan” untuk pertembungan tiga penjuru dengan calon DAP dan Barisan Nasional (BN) di kawasan tertentu.
Sebelum ini, Mansor ketika dihubungi Sinar Harian menafikan wujud minit mesyuarat seumpama itu.
Bagaimanapun, ketika mengadakan rumah terbukanya di Guar Perahu pada hari raya kedua lalu, beliau dipetik sebagai berkata tidak dapat menerima kebocoran minit mesyuarat berkaitan persiapan menghadapi PRU akan datang di Internet.
Untuk itu, Mansor berkata memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara berkenaan.
Kecewa minit mesyuarat didedahkan
Timbalan Ketua Menteri itu juga melahirkan rasa kecewa kerana minit mesyuarat itu disiarkan secara dalam satu blog yang tidak dikenali.
Sehari selepas itu, Mansor yang mengadakan sidang media di pejabat Ketua Menteri menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.
Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri
itu.
Mansor berkata, kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
Mansor turut menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.
“Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut,” katanya. - SINAR HARIAN -
Bracelet Gold 916 – Beauty and Durability Combined
-
Gold jewelry has always held a special place in the hearts of many, and
bracelet gold 916 is no exception. Combining timeless elegance with
exceptional d...
How I Became An Expert on
-
Service Communication Services If you require to make your employees
interact, or if you are looking for ways to improve performance within your
service, t...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif
-
KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi
bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat
Pembangun...
Tengok Kabel Politik Siapa Lebih Kuat
-
Baik Sg Besar ataupun Kuala Kangsar, detik semakin hampir untuk menentukan
siapa yang bakal menjadi calon BN dalam PRK kali ini. Macam-macam cerita.
Macam-...
Marquez sambar petak pertama
-
SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan
perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam
ujian kela...
Post a Comment