Headlines News :
Home » , » Najib tak akan buat PRU 13 musim haji - Tun Abdullah

Najib tak akan buat PRU 13 musim haji - Tun Abdullah



Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan sebagai semata-mata spekulasi Pas apabila mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan ketika musim haji ini. Bekas Perdana Menteri itu berkata, Pas hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam.

 "Perdana Menteri belum lagi mengumumkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, jadi bagaimana pula mereka (Pas) boleh tahu bila tarikh pilihan raya.

 "Lagipun takkan Perdana Menteri nak buat seperti yang disebut itu, beliau (Najib) orang Islam juga,"

katanya selepas menyampaikan notebook kepada pemimpin masyarakat di dalam kawasan Parlimen Kepala Batas di sini hari ini. Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka PRU-13 akan diadakan September ini ketika musim haji bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN). - BERNAMA
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 13, 2012 at 1:15 PM

Salam Ustaz Abdullah Badawi,
Kalau Najib dapat ilham setelah DS,Najib sembahyang Istikarah dan dengar -dengar DS.Najib dah pun beritahu Dato Jamil Khir hasratnya nak suruh semua surau,masjid sembahyang hajat untuk bangsa ,negara kita dan juga ilham bila PRU...13 semasa Israjk Miraj.....dua -tiga hari lagi ni...tapi takziah kepada Dato Jamil Khir atas kepulangan ibunya ke rahmahtullah....Bahagianya Roh Ibunya ...Allah S.w.T mengambilnya pada bulan Rejab.....Aaamin.
kalau kena Hari musim Haji...Redha la....mungkin keberkatan lebih .Amin.
Kita merancang Allah S.w.T menentukan nya aaaaaaaaaaamin
drp .Pak pandir

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger