Headlines News :
Home » » Biar PM tentukan kedudukan saya di Tasek Gelugor

Biar PM tentukan kedudukan saya di Tasek Gelugor




- Ahli Parlimen Tasik Gelugor Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan siapa yang layak bertanding di kerusi itu. Katanya beliau menghormati hasrat bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan, namun keputusan akhir adalah hak Perdana Menteri.

 "Biarlah Perdana Menteri yang pilih 'winnable candidate'...Mohd Shariff ada hak untuk sampaikan perasaannya...saya tak rasa apa-apa, saya fikir dia (Mohd Shariff) ada hak untuk sampaikan rasa hatinya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Noh Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mohd Shariff bahawa beliau mahu bertanding semula di kerusi tersebut, selepas memberi laluan kepada Nor Mohamed pada pilihan raya lepas.

 Ditanya mengenai kesediaannya mempertahankan kerusi itu, Nor Mohamed berkata: "Saya tidak ada apa-apa komen." Semalam, Mohd Shariff, 65, dilapor berkata beliau melepaskan kerusi Tasik Gelugor kepada Nor Mohamed atas permintaan perdana menteri ketika itu, dan kini telah bersedia untuk kembali berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger