Headlines News :
Home » » HAKIM tetapkan 11 Jun keputusan UMNO PP saman Guan Eng

HAKIM tetapkan 11 Jun keputusan UMNO PP saman Guan Eng




KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 11 Jun ini bagi keputusan sama ada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman boleh meneruskan samannya terhadap Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng dan tiga lagi.

 Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan demikian setelah mendengar hujah daripada semua pihak berhubung bantahan peguam, Karpal Singh yang mewakili Guan Eng bahawa Zainal Abidin tidak boleh mewakili UMNO kerana tidak diisytihar secara rasmi.

 Zainal Abidin yang diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yonoos memfail saman itu pada 24 Oktober 2011 dengan menamakan Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd., yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyunting, Fazallah Pit sebagai defendan.

 Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. - BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger