Headlines News :
Home » » UMNO Bukit Mertajam beri sumbangan kepada pesakit kronik

UMNO Bukit Mertajam beri sumbangan kepada pesakit kronik



BUKIT MERTAJAM: Majlis Pembangunan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Bukit Mertajam, melakukan lawatan susulan terhadap pesakit kronik selepas mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan bulanan yang diperoleh pesakit berkenaan mampu mengurangkan bebanan keluarga untuk membeli lampin pakai buang termasuk kemudahan menerima bantuan kerusi roda bagi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan.


Sebelum ini, JKM menyampaikan bantuan bulanan kepada pesakit orang kurang upaya (OKU) terlantar, kanak-kanak dan ibu tunggal, elaun pekerja cacat, bantuan untuk orang tua dan bantuan OKU tidak mampu bekerja.

Pengerusi Mayang Parlimen Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, kerajaan sentiasa prihatin dan membela nasib rakyat yang kurang bernasib baik selepas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bersama Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno berganding bahu mengenal pasti OKU yang memerlukan bantuan.


Pada 26 Februari lalu, Musa bersama jawatankuasa Program Juara Rakyat Parlimen Bukit Mertajam melawat serta menyampaikan sumbangan hamper dan wang tunai kepada 12 pesakit kronik sekitar Parlimen Bukit Mertajam.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger