GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang akan menampilkan beberapa muka baru sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, parti itu dalam proses mengenal pasti calon yang sesuai untuk dipilih sebagai calon kelak.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bagaimanapun berkata, jumlah muka baru yang akan dicalonkan oleh Gerakan akan diumumkan kemudian.
"Gerakan sudah semestinya akan menampilkan beberapa muka baru pada PRU13. Jumlahnya akan diumumkan bila tiba waktunya," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan RM500,000 dari Jabatan Perdana Menteri kepada Persatuan Buddist Triple Wisdom Hall, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Tsu Koon berkata, Gerakan juga sudah merangka strategi tersendiri dalam usaha memenangi semula hati rakyat.
Menurutnya, BN mempunyai harapan yang cerah untuk merampas semula negeri ini daripada Pakatan Rakyat (PR).
"Kita mengharapkan rakyat akan membuat keputusan yang bernas untuk memilih pemimpin yang sesuai pada pilihan raya akan datang.
"Sama ada keputusan akan memihak kepada BN atau PR semuanya terletak di tangan rakyat. Lebih penting kita mempunyai strategi yang baik dan betul supaya dapat menarik sokongan rakyat," katanya.
+ comments + 1 comments
sukon ni pun mau dok relax jer...
kaum bangkai kat penang ni pun dah tak nak kat hang...
pejuang hamas...
Post a Comment