Headlines News :
Home » » Pak Lah minta Abd Kadir Sheikh Fadzir henti kritik parti ?

Pak Lah minta Abd Kadir Sheikh Fadzir henti kritik parti ?




Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta bekas pemimpin dan veteran UMNO supaya berhenti mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana ia boleh menimbulkan perbalahan dan merosakkan imej parti.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana kritikan tersebut memberi kesan kepada UMNO dan tidak membantu parti.

"Kita tak boleh menghina pemimpin, kita nak parti menang dalam pilihan raya. Kita tak mahu apa yang dilakukan oleh ahli parti boleh memberi kesan kepada UMNO.

"Kalau ada apa-apa pandangan, mereka beritahu kepada pemimpin dan bawa pandangan itu kepada Majlis Tertinggi (MT), jawatankuasa parti, jawatankuasa bahagian, cawangan dan tulis surat kepada MT.

"Kalau ada ahli UMNO yang dengar apa pemimpin lain cakap, pergi jumpa mereka dan tanya apa masalah dan di mana yang tak kena," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Parlimen Kepala Batas berjumlah RM129,000 kepada 131 penerima di dewan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKN) di sini - UTUSAN
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 18, 2012 at 7:45 AM

dah pencen buat cara pencen,Jangan merapu!kalau ada yang x kena beri nasehat.Jangan pulak perasan bila kita tua ni makin berpengaruh dan Pandai dari orang lain.rehat je buat amal ibadat,jaga anak cucu kan elok.

Anonymous
March 18, 2012 at 4:34 PM

maunya x kutuk parti...tender kerajaan dah x dapat dah...pastu kutuk la mcm2...kroni2 dia cukup jaga la kadir syekh fadzir ni...bela sampai boroi perut2 depa..

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger