Headlines News :
Home » » Jangan emosi hingga tersalah pilih kerajaan

Jangan emosi hingga tersalah pilih kerajaan




 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, masyarakat setempat tidak boleh mengikut emosi sewaktu memilih parti yang mana layak menubuhkan kerajaan dan seterusnya mentadbir negara.

Beliau berkata, membuat pilihan sewaktu dalam keadaan emosi yang tidak stabil akan merugikan diri sendiri dan generasi akan datang kerana ia hanya akan membuatkan individu itu tersalah membuat pilihan.

"Pilih kerajaan jangan pilih dengan emosi, jangan sampai tersalah pilih...pihak yang di sebelah sana (pembangkang) hanya boleh buat provokasi untuk melemahkan semangat kita. Apa yang telah terjadi pada 2008 biarlah berlalu...tetapi kali ini(pilihan raya umum ke-13) jangan sampai tersalah pilih lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyampaian bantuan kepada 400 penerima terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) dan orang miskin dalam program Karisma Wanita di Pusat kegiatan Kemas, Permatang Damar Laut di sini hari ini.

Shahrizat berkata, Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan yang memerintah Malaysia sejak mencapai kemerdekaan tidak pernah melupakan kebajikan untuk rakyat dan pada setiap masa mendahulukan rakyat untuk menikmati keharmonian dan keselesaan hidup.— BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger