PULAU PINANG - Pemuda UMNO P.Pinang hari ini membidas jemputan debat oleh Pemuda Pakatan Rakyat mengenai isu menghapuskan tol lebuhraya di antara Lim Guan Eng dengan Tan Sri Nor Mohamed Yaakob . Ketua Pemuda UMNO P.Pinang , Ir Shaik Hussein Mydin berkata Lim Guan Eng perlu menyelesaikan terlebih dahulu janji semasa PRU 12 iaitu menghapuskan tol Sungai Nyior .
" Janji populis hapus tol Sungai Nyior hanya tinggal janji , selepas memenangi PRU 12 di negeri ini hanya jalan altenatif yang bukan impian & harapan rakyat sahaja dibina " katanya kepada My Penang Online .
Menurutnya lagi, Pemuda PKR sepatunya perlu mendesak Ketua Menteri P.Pinang menjawab 7 soalan mengenai Tol Sungai Nyior ini seperti berikut :
1 ) Adakah kajian dibuat sebelum DAP menjanjikan Sungai Nyior dihapuskan ?
2) Adakah pembinaan jalan altenatif ( Jalan Taman Bagan ) dibuat kajian trafik sebelum dilaksankan ?
3) Adakah Lim Guan Eng ingat rakyat PP begitu bodoh untuk menerima jalan altenatif yang lebih jauh jaraknya dari laluan bertol di Sungai Nyior ?
4) Adakah benar semasa janji hapuskan tol dibuat untuk janji populis semasa PRU 12 ?
5) Mengapa laluan altenatif baru hanya 100 meter dan selebihnya hanya menurap jalan dibina oleh kerajaan BN dahulu ?
6) Adakah Lim Guan Eng seorang pemimpin " competent "apabila menjanjikan sesuatu perkara tanpa membuat kajian secara terperinci ?
7) Adakah Lim Guan Eng transparen apabila sehingga hari ini tidak menjelaskan mengapa tidak menghapuskan tol Sungai Nyior ?
Selanjutnya , beliau juga menasihatkan Pemuda AMK dan PAS agar berhenti dari menjadi kuda tungangan DAP serta mendapat jawapan bagi semua perkara di atas sebelum menjemput Tan Sri Nor Mohamed Yaakob ke debat penghapuskan tol .
Post a Comment