Headlines News :
Home » , » Tahniah kepada DAP , portfolio agama diserahkan kepada PKR - Ir Shaik Hussein

Tahniah kepada DAP , portfolio agama diserahkan kepada PKR - Ir Shaik Hussein



PULAU PINANG  - Pengganti Dr Hassan Ali terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru namun demikian persoalannya  mengapa  portfolio Hal Ehwal Agama Islam diserahkan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketua Pemuda UMNO Ir Shaik Hussein Mydin yang diminta mengulas tentang perkembangan terbaru politik di Selangor secara sinis menyifatkan PAS adalah kuda tungangan terbaik DAP kerana melepaskan jawatan Exco Hal Ehwal Agama kepada PKR .

"  Pemuda UMNO P.Pinang mengucapkan tahniah kepada DAP yang telah membuktikan PAS adalah kuda tungangan  terbaik mereka kerana melepaskan jawatan Exco Hal Ehwal Agama kepada PKR . Seperti mana di kerajaan DAP di  P.Pinang , rakyat Selangor juga akan dapat melihat agama Islam diperkotak-katikan  oleh DAP kerana jawatan itu dipikul oleh orang yang jelas tidak pejuangkan agama sepertimana  P.Pinang , Malik Kassim "

" Tak mustahil Pengerusi Portfolio Agama yang baru digalas Tan Sri Khalid Ibrahim  dari PKR juga akan melakukan perkara yang sama "  katanya menerusi sms kepada My Penang Online.

Selain itu ,  Pemuda UMNO P.Pinang menggesa campur tangan Musyidul Am Pas , Datuk Nik Aziz Nik Mat  dalam isu Exco Agama di kedua-dua neger ini jika benar PAS memperjuangkan Islam . Sewajarnya mereka yang mempunyai latar belakang agama memikul tanggungjawab berkenaan .
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger