Headlines News :
Home » , » Kerajaan BN peruntukan RM 4 juta bina lagi masjid baru di P.Pinang

Kerajaan BN peruntukan RM 4 juta bina lagi masjid baru di P.Pinang




PULAU PINANG 14 Jan. - Kerajaan memperuntukkan RM4 juta untukmembina sebuah masjid baru Simpang Tiga, Kampung Besar, di Tasek Gelugor bagi menampung keperluan penduduk di lima buah kampung dan empat taman perumahan di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pembinaan masjid itu akan dimulakan pada Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Selain pembinaan masjid, kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk membaiki dua buah surau di Taman Seri Desa dan Kampung Paya Tok Akil," katanya pada majlis beramah mesra dengan penduduk kampung dan menyampaikan sumbangan khemah untuk surau Simpang Tiga di sini hari ini.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan sejumlah peruntukan bagi membaiki masjid dan surau di seluruh negara dalam usaha mengimarahkan rumah ibadat serta mendekatkan generasi muda dengan aktiviti yang berfaedah.

Dalam ucapan beliau, Nor Mohamed juga menyeru agar rakyat terus mengeratkan perpaduan bagi mengelakkan perpecahan dan perbalahan sesama sendiri.

Dalam perkembangan lain, Nor Mohamed berharap agar orang ramai yang masih

belum membuat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya segera berbuat demikian sebelum tarikh tutup permohonan pada 10 Februari ini.

Beliau berkata, untuk fasa pertama di Pulau Pinang, jumlah penerima BR1M ialah seramai 44,000 orang melibatkan peruntukan sebanyak RM22 juta. - BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger