Headlines News :
Home » , » Nasib rakyat di Permatang Pauh tidak terbela di bawah Anwar - Zainal Abidin

Nasib rakyat di Permatang Pauh tidak terbela di bawah Anwar - Zainal Abidin



Saya nasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pulang-pulanglah ke Permatang Pauh. Jangan sibuk hal di tempat lain sehinggakan nasib rakyat di sini terabai. Orang lain pula yang kena pikul tanggungjawab.

“Saya mahu ingatkan Anwar, kami UMNO Pulau Pinang akan gempur habis-habisan Permatang Pauh. Jangan ingat kami tidak mampu tawan kubu kuat PKR ini sebab dalam tempoh tiga bulan ini, sudah tujuh kali saya sini dan maklum balas yang saya terima amat positif.

“Buktinya, seramai 130 orang telah istihar keluar parti. Kami tidak akan berhenti di sini. Permatang Pauh akan kami tawan,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika diminta mengulas tindakan 130 ahli PKR Permatang Pauh yang bertindak keluar parti semalam.

Menurut Zainal, jika dahulu masyarat di Permatang Pauh enggan dan malu untuk memakai baju UMNO atau Barisan Nasional (BN) kerana bimbang diperli atau dipulaukan rakan-rakan, tetapi kini situasi telah terbalik.

“Kini masyarakat di Permatang Pauh tidak lagi segan silu untuk memakai baju UMNO dan BN. Keadaan sudah berubah dan ini jelas membuktikan bahawa Permatang Pauh bukan lagi kubu kuat PKR. UMNO telah berjaya menembusi kawasan mereka.

“Sebab apa kita mampu berjaya di Permatang Pauh? Kita berjaya sebab rakyat sudah kembali sedar bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka walaupun mereka adalah pembangkang. Kerajaan tidak pernah pilih bulu.

 memberi bantuan RM 200 untuk membeli baju sekolah 
kepada 1,133 pelajar yang memerlukan 

Bukti UMNO Permatang Pauh menjaga kebajikan 
rakyat Permatang Pauh ..

“Sebaliknya, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada pembangkang telah disia-siakan. Nasib rakyat tidak terbela. Jadi untuk apa mereka terus memberikan kepercayaan kepada pembangkang. Lihat sahaja Anwar Ibrahim. Kawasan sendiri dibiarkan tetapi sibuk dengan kawasan orang lain,” jelas beliau.

Oleh itu beliau berpesan kepada pembangkang khususnya Anwar Ibrahim agar tidak jadi lebai malang, tak dapat Putrajaya, Permatang Pauh pula terlepas. -MediaUMNO
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 25, 2011 at 1:02 AM

soalan 1:
dulu bangsat mana yg dok buat sempoi sampai nak pukul aku tapi takut???bulu roma aku pun tak tercabut...

orang permatang pauh waktu undi al jubur...

soalan 2:
orang area mana yg melaungkan kami sokong al jubur dunia akhirat???

orang permatang pauh jugak...

soalan 3:
siapa kena kencing sekarang???

orang permatang pauh lagi...
__________________________________________

bila dah basah kena kencing baru korang tau sapa al jubur...
balik la ke pangkal jalan...

PEJUANG HAMAS...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger