NIBONG TEBAL 10 Dis. - Krisis dalaman DAP kini semakin serius ekoran pertelagahan yang wujud di kalangan pemimpin parti itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Menurutnya, pertelagahan antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy dijangka menjadikan masalah dalaman parti itu lebih buruk.
"Mereka (pemimpin DAP) masing- masing mempunyai senarai calon sendiri seperti senarai warlord, senarai mafia dan senarai godfather,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Jalur Lebar dan Merakyatkan Seni Budaya (PMS) di Padang Awam Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat, di sini hari ini.
+ comments + 4 comments
tak perlu ambik tahu hal DAP tu "lantak dia apapun hak jadi".... Kita patut kukuhkan lagi kedudukan dan ikatan antara org2 Melayu moga PRU ke 13 kita BN/UMNO menang besar
Elakkan Mamak yg kuasai UMNO. UMNO untuk org melayu. Ingatt tu. Cuba buat kajian dan cari sumber siapa Sir Henry Gurney.
salam tuan,
mohon link blog saya (rakan penang)
www.pewarismelayu.blogspot.com
terima kasih
Mamak Mana Pulak. Kalau mamak dua tiga kali kachok , tu ok la walau pun metallik !
Post a Comment