Ketika berarak masuk ke dewan majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang berjubah khas sempat melambaikan tangan dan tersenyum ke arah sekumpulan media, manakala Keng Yaik pula kelihatan serius. Selepas majlis itu berakhir, Tsu Koon, ketika mengadakan sidang media, sempat berjenaka dengan menyatakan ramai orang pada masa sekarang mengubah gaya rambut masing-masing ketika merujuk kepada seorang wartawan yang dikenalinya.
Tsu Koon seolah-olah dijadikan 'budak belasahan' bagi Guan Eng. Agaknya, apabila Tsu Koon tidak lagi bertanding, maka Guan Eng akan kehabisan modal untuk mengkritik BN "Saya sendiri sudah mengubah gaya rambut...rambut saya lebih pendek sekarang," katanya yang mungkin cuba merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menukar penampilan rambutnya, baru-baru ini.
Gelagat bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat cukup santai berbeza sebelum ini apabila ada kalanya berwajah muram dan enggan menjawab soalan pertanyaan wakil media terutama terhadap desakan supaya beliau mengundurkan diri termasuk sebagai Presiden GERAKAN.
Mungkin perubahan itu disebabkan oleh pengumuman yang dibuatnya tiga hari sebelum itu iaitu untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang bagi memberikan laluan kepada pemimpin muda selaras agenda transformasi parti, ‘Gerak Bersama Rakyat’. Pengumuman itu disambut dengan pelbagai reaksi ada yang gembira, sedih dan terkejut.
Paling mengejutkan ialah reaksi daripada Guan Eng yang mahu Tsu Koon diberi peluang bertanding pada pilihan raya umum kerana beliau adalah pemimpin tertinggi GERAKAN, selain berjawatan menteri.
Setiausaha Agung DAP itu mahu Tsu Koon mencontohi Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, yang kembali bertanding walaupun pernah tewas. Guan Eng mendakwa Tsu Koon tidak membuat keputusan secara sukarela, sebaliknya akibat desakan Barisan Nasional (BN).
Amat mengejutkan apabila Guan Eng mengeluarkan kenyataan itu kerana sejak memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang, beliau sering mengeluarkan kenyataan mempersendakan Tsu Koon yang diperlinya sebagai ‘kawan baik saya’ dalam kebanyakan sidang media atau ceramahnya bagi menunjukkan kegagalan kerajaan BN Pulau Pinang terdahulu.
Tsu Koon seolah-olah dijadikan ‘budak belasahan’ bagi Guan Eng. Agaknya, apabila Tsu Koon tidak lagi bertanding, maka Guan Eng akan kehabisan modal untuk mengkritik BN yang rakyat maklum berjaya memodenkan Pulau Pinang.
Bagi Tsu Koon, beliau kini boleh memfokuskan kepada usaha memantapkan GERAKAN yang mencatat prestasi paling buruk pada Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-2008) dan tidak perlu lagi memikirkan strategi untuk dirinya menang pilihan raya.
“Saya akan berada di barisan depan untuk berdepan segala kritikan terhadap GERAKAN,” tegas Tsu Koon.
Selesai dengan persoalan masa depan Tsu Koon, satu lagi perkara iaitu berkaitan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang yang sepatutnya diumumkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN, baru-baru ini.
Tsu Koon yang memegang jawatan itu sejak 1990, dikatakan akan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada pemimpin lain mengetuai jentera BN negeri yang didakwa pelbagai pihak masih tercari-cari rentak sebagai pembangkang serta masih ‘berlagak’ seperti kerajaan.
Secara tradisinya, kerusi itu dipegang oleh wakil GERAKAN dan boleh dikatakan ia boleh menjadi petanda kepada calon Ketua Menteri jika BN berjaya merampas kembali pentadbiran negeri pada pilihan raya akan datang.
Dua nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Tsu Koon ialah
Setiausaha Agung GERAKAN, Teng Chang Yeow dan Naib Pengerusi GERAKAN negeri, Ong Thean Lye. Kedua-dua mereka adalah lepasan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mempunyai kelebihan masing-masing. Jika dinilai dari sudut karisma jawatan itu, seharusnya menjadi milik Chang Yeow, tetapi dari segi penerimaan ahli GERAKAN, Thean Lye adalah orangnya.
Kini semua menanti pengumuman siapa bakal menjawat jawatan itu yang dijangka dilakukan minggu ini dan diharapkan pemimpin berkenaan mampu menggalas tanggungjawab untuk berdepan dengan pakatan pembangkang pada ‘peperangan’ tidak lama lagi.
“Chang Yeow bijak berpolitik, pandai berceramah, mempunyai idea bagus dan mesra rakyat. Tetapi, masalahnya ialah dari segi penerimaan ahli dan ini berpunca atas sikapnya yang sering berasakan dirinya berkaliber berbanding orang lain.
“Thean Lye pula tidak terlalu pandai berceramah dan sebijak Chang Yeow, tetapi beliau mesra ahli,” kata seorang Pemuda GERAKAN sambil menambah Chang Yeow dan Thean Lye tidak dapat menunjukkan kemampuan serta kaliber masing-masing sebelum ini kerana ada pemimpin tertinggi dalam parti itu yang cuba menghalang mereka.
“Ini menyebabkan mereka tidak dapat menunjukkan kemampuan serta kaliber masing-masing,” katanya.
Kini semua menanti pengumuman siapa bakal menjawat jawatan itu yang dijangka dilakukan minggu ini dan diharapkan pemimpin berkenaan mampu menggalas tanggungjawab untuk berdepan dengan pakatan pembangkang pada ‘peperangan’ tidak lama lagi.-22/11/2011 -Berita Harian
+ comments + 1 comments
Antara populariti di kalangan pengundi, berkaliber dan mesra ahli siapa yang bakal dipilih ditentukan secara kompromi.
Datuk Dr Teck Hock Nan pun bleh tahan jugak!
Post a Comment