Headlines News :
Home » , » Keputusan Tsu Koon wajar diterima semua pihak - TPM

Keputusan Tsu Koon wajar diterima semua pihak - TPM



KUALA LUMPUR 17 Nov. - Hasrat Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang harus diterima oleh semua pihak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan keputusan itu, Gerakan sebagai salah satu komponen penting dalam Barisan Nasional (BN) dapat memberi tumpuan yang lebih kepada usaha untuk memastikan kemenangan bagi kerusi yang ditandingi calon parti itu.

"Mungkin beliau telah mengambil kira pandangan ahli yang pernah juga disuarakan semasa Perhimpunan Agung (Gerakan) baru-baru ini yang mahu Koh menumpukan kepada usaha mencapai kemenangan bagi calon lain,” kata Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai keputusan Tsu Koon itu.

Beliau berkata, BN amat menghargai jasa dan perkhidmatan yang telah dicurahkan Tsu Koon kepada parti dan kerajaan selama ini. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger