Headlines News :
Home » , » Hormati keputusan Tsu Koon - Najib

Hormati keputusan Tsu Koon - Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menghormati keputusan Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Saya percaya beliau boleh terus menyumbang kepada kekuatan BN (Barisan Nasional) dan parti Gerakan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Koh pada Khamis.

Beliau berkata Koh telah memaklumkan kepadanya lebih awal mengenai hasrat untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bagi menumpukan perhatian kepada usaha mengukuhkan parti, selain membantu kerajaan memberi penjelasan mengenai apa-apa keputusan dan isu.

Koh dalam pengumumannya hari ini berkata keputusan yang beliau ambil itu merupakan langkah pertama bagi mempergiatkan lagi usaha memacu transformasi dan pembaharuan parti Gerakan.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata keputusan mengenai siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang akan ditentukan kemudian.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger