Headlines News :
Home » » Adakah Teng Chang Yeow bakal CM Penang jika BN tawan P.Pinang ?

Adakah Teng Chang Yeow bakal CM Penang jika BN tawan P.Pinang ?




Parti GERAKAN Pulau Pinang bersedia untuk meneruskan perjuangan parti itu apabila presidennya Tan Sri Koh Tsu Koon meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN negeri.

Setiausaha agung GERAKAN, Teng Chang Yeow berkata, Koh telah berbincang dengannya berhubung perkara itu dan beliau sendiri telah menyatakan kesediaan untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Saya telah beritahu presiden bila kami bertemu dua kali berhubung ini dan saya bersedia dan sanggup untuk menyahut cabaran (untuk mengetuai BN Pulau Pinang).

"Koh juga maklum dengan pelbagai maklum balas daripada akar umno bila dia buat keputusan untuk melepaskan jawatannya," kata Teng kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Teng berkata pelantikannya sebagai ketua BN negeri yang baru hanya akan diadakan di peringkat pusat mengikut keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Terpulanglah kepada Najib (untuk melantik pengganti sekiranya Koh meletak jawatan) dan kami tidak pasti jika Koh telah menimbulkan perkara ini dengan (perdana menteri)," kata bekas anggota exco kerajaan Pulau Pinang itu lagi.

Teng juga berkata beliau tidak pasti sama ada Koh akan membuat pengumuman untuk melepaskan jawatan tersebut sebelum atau selepas pilihan raya umum ke-13.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 12, 2011 at 2:54 AM

SAPA PUN JADI CM BAGI AKU KAUM BANGKAI NIE TETAP AKAN TINDAS KAUM LAIN...

PEJUANG HAMAS...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger