BUKIT MERTAJAM, 25 Okt – “Jangan peralatkan anak sendiri untuk dapat simpati rakyat. Jika Guan Eng benar-benar seorang bapa yang bertanggungjawab, serahkan hal ini kepada pihak polis dan orang yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.
“Kasihanlah dengan anak sendiri. Jangan libatkannya dalam mainan politik,” ujar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika diminta mengulas mengenai isu moral yang didakwa membabitkan anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Katanya, sikap Guan Eng yang sebelum ini gemar mengambil tindakan saman dan membuat laporan polis terhadap sebarang isu yang dirasakannya tidak benar, kini mengambil langkah berbeza apabila membiarkan anak lelakinya terus dikaitkan dengan isu moral yang sudah pasti merosakkan moral remaja berkenaan.
“Kita berasa amatlah tidak wajar apabila Guan Eng membiarkan anak lelakinya terus menjadi bahan politik. Budak ini tidak bersalah. Cara penafian yang dibuat oleh Guang Eng sebelum ini bagi saya tidak cukup kuat malah menimbulkan rasa was-was di hati masyarakat.
“Mengapa Guan Eng terus enggan membuat laporan polis. Adakah kerana dia meragui kebolehan pihak polis dalam menegakkan kebenaran ataupun memang apa yang terjadi itu adalah benar.
“Sebagai seorang Ketua Menteri, dia perlu memersihkan reputasinya dan sebagai seorang ayah, dia perlu melindungi hak anaknya. Bukan membiarkan anaknya terus menjadi bahan dalam kancah politik,” katanya lagi kepada UMNO-Online.
Musa yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam turut berkata, Guan Eng perlu mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku ini kerana sebelum ini pembangkang suka membuat fitnah dan mengheret ahli keluarga UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam soal politik demi memburukkan imej seseorang yang pro kerajaan.
“Sekarang, apabila anaknya diheret dalam dunia politik, baru dia tahu apa yang orang lain rasa. Jadi, ambillah apa yang terjadi ini sebagai satu iktibar. Jangan suka buat fitnah. Sebagaimana dia rasa sakit apabila ahli keluarganya diheret dalam fitnah politik, begitu juga orang lain. Jadi, fahami perasaan orang,” kata Musa mengingatkan Guan Eng yang suka memutar belit dan menuduh UMNO dalam setiap isu yang tidak menyebelahi pakatan rakyat.
Sebelum ini, anak lelaki Guan Eng telah dikatakan terlibat dengan isu moral apabila didakwa telah meraba buah dada rakan sekelasnya. Bagi menutup mulut, Guan Eng dikatakan telah merasuah keluarga sebanyak RM200 ribu serta mengambil tindakan menukar sekolah anaknya itu.
Isu ini telah dapat dihidu oleh para blogger dan ianya mula menjadi isu hangat di internet.
Guan Eng telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbeza bagi menjawab isu ini. Disebabkan kenyataan yang tidak konsisten, isu ini menjadi semakin panas dan Guan Eng didesak untuk memberikan penjelasan sebenar. – MediaUMNO
+ comments + 2 comments
Blogger buatlah lapuran pada SPRM yang GE merasuah RM 200 ribu suruh badan tersebut siasat jika benar seperti dikata dakwalah apek tu. pemberi rasuah juga salah disisi undang undang. Tetapi adakah rasuah yg Apek tu bagi salah disegi undang-undang?
PKR pernah beberapa kali tuduh DS Najib dan Rosmah bunh Altantuya Saribuu. Tapi DS Najib dan Rosmah tak pulak buat polis report. Semua rakyat Malaysia juga tahu, pihak mana yg akan diambil tindakan segera kalau ada sebarang polis report.
Post a Comment