Bukit Mertajam - Seramai 284 warga emas terdiri daripada mereka golongan kurang upaya dan kurang berkemampuan menerima sumbangan bagi peringkat DUN Penanti oleh UMNO Bahagian Permatang Pauh .
Ketua Bahagian , Dato Abd Jalil Majid berkata peruntukan melalui Majlis Pembangunan Masyarakat Penyayang ( MAYANG ) Parlimen Permatang Pauh sebanyak RM 1 juta bagi melaksanakan program Sentuhan Rakyat telah disalurkan sejak Jumaat lalu seperti sumbangan pampers , membaiki rumah , bantuan Deepavali dan hari ini sumbangan kepada warga emas.
Menurutnya , program ini akan dijalankan secara berperingkat dan bergilir-gilir setiap minggu mengikut DUN dan berakhir hujung tahun ini .
MyPenang Online difahamkan sebanyak RM 200,000 diperuntukan untuk sumbangan warga emas ( seorang RM 200 ) , RM 280,000 untuk baik pulih rumah , RM 120,000 bantuan persekolahan dan RM 150,000 untuk kaum Cina & India . Manakala yang selebihnya digunakan untuk projek kecil seperti baiki dewan ,jalan , longkang dan jambatan .
Post a Comment