Headlines News :
Home » » BN boleh menang 2/3 majoriti semula jika peluru Pakatan dimatikan

BN boleh menang 2/3 majoriti semula jika peluru Pakatan dimatikan




Oleh: WATAN BERTINTA

1. Jika diikut dari segi jasa, pembangunan segala yang BN dah lakukan semenjak Merdeka, maka BN sepatutnya menang tanpa bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen.

2. Jika ditimbang secara kilo mahupun kati, akan nikmat pembangunan, bantuan, dasar-dasar yang bermanfaat kepada rakyat yang telah BN gerakkan semenjak 1957, maka BN tidak perlu lagi bersusah payah, mencanang ke sana sini untuk mendapat undi rakyat.

3. Jika dibilang dan dihitung maka tidak ternukil angka dan nombor, akan berapa banyak sumbangan BN baik dari segi wang, material, sokongan moral untuk membolehkan anak bangsa ini mendapat pendidikan terbaik. Maka dari sudut itu semua ibu bapa sudah sepatutnya memilih BN dalam setiap kali PRU diadakan.

4. Jika dijumlahkan subsidi, bantuan pertanian, agihan untuk rakyat miskin, luar bandar, guru agama, masjid, surau, imam, kadi, pegawai agama, sudah sewajarnya golongan 'agama ini' akan menyokong BN dulu kini dan selamanya.



5. Jika diteliti, tidak ternilai imbuhan, dasar berlembut BN terhadap kakitangan kerajaan, dan sepatutnya 1.2 juta kakitangan awam termasuk polis, guru dan tentera akan berdiri teguh menyokong dan mengundi BN.

6. Jika boleh dihimpunkan jumlah wang, ringgit dan sen yang diusahakan oleh BN untuk membina universiti, memberi biasiswa kepada para penuntut, membayar gaji profesor dan pensyarah sudah sepatutnya BN akan selesa menerima sokongan padu dari golongan di menara gading.

7. Namun, politik zaman sekarang bukan lagi politik hati budi. Buatlah apa sahaja, seribu atau sejuta kebaikan sekalipun, yang pasti ada sahaja HANTU SPESIS KAK LIMAH yang akan berjaya memutar alam.

8. Membuatkan spesis tidak mengenang budi mudah terpengaruh dengan kata nista, janji bulan bintang dan gaya putar alam, sehingga KEBAIKAN akan ditukar lalu dikatakan KEZALIMAN, dan pembohongan siPUTAR ALAM ini akan berjaya ditampilkan sebagai KEBENARAN.

9. Benarlah,sebenarnya BN tidak perlu berkempen teruk-teruk dalam setiap kali PRU, BN CONFIRM boleh menang besar. Akan tetapi Dengan syarat, pengundi boleh menggunakan akal lojik bukan berfikir menggunakan kepala lutut. BN juga boleh menang dengan syarat golongan PUTAR ALAM tidak dibenarkan bebas BERMAHARAJALELA menabur racun ke segenap pelusuk kota dan desa.
Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
October 20, 2011 at 6:22 PM

Jika ditanya pada kebanyakkan pendatang asing yang bekerja di Malaysia, mereka akan katakan rakyat Malaysia sangat2 beruntung dengan segala kemudahan yang diberi malahan pembekal saya dari Sweden terperanjat diatas perkhidmatan sekolah, hospital dsbnya kebanyakkan nya percuma atau hampir percuma. Itu kata mereka tapi sebahagian rakyat Malaysia terlalu tamak, penuh dengan hasad dengki serta cemburu hati yang akan mengakibatkan seperti pepatah melayu, yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat. Perumpamaan ini sebenarnya memberitahu akan kebodohan sebahagian rakyat Malaysia akan sikap gelojohnya.

Anonymous
October 20, 2011 at 8:51 PM

jangan terlampau konfiden sebab mentaliti bangang yg dah bertampuk dlm kepala penjilat tegar pakatan ni bukan senang nak dicuci...

paling kronik ialah kaum cina jenis dah dapat betis nak paha tapi time undi nanti bagi kat PUNGKUQ...(PAKATAN).harap dijaga hak melayu jgn sampai hilang dimakan pilihanraya...

pejuang hamas...

Anonymous
January 29, 2013 at 2:10 PM

cukup,cukup,cukup lah kita di tipu. saya dari dulu sokong bn dan tak pernah berbelah bagi. di kalangan yang baik, mesti ada yang tak baik. pakailah formula, bagaimana syaitan akan cari jalan untuk menipu nabi adam dan hawa. so perjanjian syaitan tidak akan berkesudahan walau perjuangan yang jujur dan ikhlas. perlu ingat juga allah senantiasa menurunkan ujian setiap umat. kena ingat orang yang memimpin jangan penting diri sendiri, buat harta, nak kuasa. kita ini bilis. buat apa pun mesti kena. jadi jangan gadaikan nasib melayu kita. pemimpin bn yang bekal dilantik selepas pru13, tolong dan bantu anak-anak bangsa melayu dengan memperbanyakkan penempatan melayu (rumah kos rendah)di kawasan elit cina kaya. bina rumah kos rendah khas untuk orang melayu dari sekarang, agar bilangan orang melayu ini akan mengatasi undi bangsa lain, especially kawasan strategik. jangan tumpu buat rumah mahal, yang rata2 rumah mahal orang cina saja. bilangan orang miskin lebih ramai jika dibandingkan dengan orang kaya (kena buat statistik jugak-pastu banci tu buat apa?). yang banyak mengundi adalah orang miskin. orang kaya tak mengundi, dia fikir dia boleh hidup. so yang mengundi orang miskin dengan harapan dapat bantuan kerajaan. anak anak melayu yang miskin adalah paling banyak tercicir dan akhlak yang rosak. disini kementerian melibatkan program mendidik anak muda perlu ada bagi memberi kesedaran anak bangsa (beri semangat patriotik). peranan ulamak-ulamak yang cerdik pandai dikalangan bn, hendaklah dilantik dan ditempatkan dikelantan. kerana bangsa melayu kelantan lebih mengutama ugama daripada ekonomi. selepas pru13, harap bn muka mata, pasang strategi dari sekarang untuk pilihanraya yang akan datang pula. jangan lah dimomokan dengan wangringgit, kerana pendidikan begini tidak bagus. jadilah bangsa yang rajin berusaha dan redha dengan ketentuan allah. hidup tidak selalu senang. jika kita beriman kepada setiap nabi, semua nabi menghadapi masalah bukan kerana hendak kuasa, harta, bukan hendak mentadbir dunia, tetapi mendidik manusia supaya beriman dan taat kepada allah dan sentiasa memberi kemaafan jika orang lain buat kesilapan. cuba anda fikirkan, adakah pemimpin sekarang mentadbir untuk kebaikan umah supaya tidak lari dari landasan ugama atau menasihat menusia takut akan masuk neraka. kalau ada pun, parti pembangkang banyak keluar fatwa putar belit hingga yang taksub boleh ikut. di mana kewarasan orang melayu islam. itu lah, kurang membaca kita bergantung sangat kepada orang lain untuk mendapatkan ilmu allah. jadi, disini agama allah kita perlu banyak baca buku, malah baca lah al-quran dalam bahasa malaysia (kita kena faham apakah firman allah berkehendakan kepada kita).jadinya, fikir-fikirkan lah. bersatulah bangsa ku, melayu............

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger