Headlines News :
Home » , , » UMNO pegang formula perkongsian dalam BN , sangkal fitnah DAP

UMNO pegang formula perkongsian dalam BN , sangkal fitnah DAP




NIBONG TEBAL 7 Ogos - Badan Perhubungan UMNO negeri tetap berpegang kepada formula perkongsian kuasa Barisan Nasional (BN) yang menetapkan jawatan ketua menteri dipegang pemimpin parti komponen berteraskan kaum Cina sekiranya berjaya menguasai semula Pulau Pinang.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ketetapan itu tidak pernah berubah sebaliknya DAP kebelakangan ini cuba memainkan sentimen perkauman bagi mengelirukan kaum Cina dengan menuduh kononnya UMNO mahu merampas jawatan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa parti komponen termasuk Gerakan dan MCA supaya tidak terperangkap dengan taktik kotor DAP yang sejak dahulu lagi memusuhi perjuangan BN sebagai parti pelbagai kaum.

''Ini semua permainan politik DAP yang sedaya upaya meniupkan api kebencian kepada orang Melayu dan orang Cina, seolah-olah apa jua keburukan yang berlaku di negara ini berpunca daripada UMNO.

"Isu ketua menteri ini tidak pernah timbul kerana UMNO tetap menghormati muafakat yang kita (BN) pegang dari dulu," katanya selepas melawat Bazar Ramadan Taman Puteri Gunong di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memetik kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menegaskan bahawa jawatan ketua menteri akan datang dari parti berteraskan kaum Cina dalam BN jika parti gabungan itu kembali memerintah Pulau Pinang.

Soi Lek berkata, ia adalah satu prinsip asas yang dipegang oleh BN dan akan dikekalkan.

BN negeri sebelum ini mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa cuba bermain politik perkauman dengan menuduh Zainal Abidin bercita-cita menjadi Ketua Menteri jika BN kembali memerintah negeri itu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger