Pada ketika Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ‘buat tidak layan’ amaran UMNO Selangor, Lim Guan Eng dengan angkuh mencabar Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman agar tidak perlu menunggu sehingga tujuh hari untuk menyaman beliau.
Malah beliau mencabar Zainal boleh berbuat demikian sekarang jika mahu. Zainal Abidin berkata semalam, kenyataan Guan Eng memberi gambaran seolah-olah perbuatan simbah cat itu dilakukan oleh orang Islam.
“Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya bercakap sembarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama,” katanya.
Guan Eng sebelum ini dipetik berkata, simbahan cat di ibu pejabat DAP mungkin berkaitan dengan tindakan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri ini menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh.
Pemimpin DAP itu jelas sengaja bermain api. Dengan mengaitkan isu simbah cat dengan larangan pembesar suara untuk azan pada waktu subuh adalah prejudis amat besar terhadap umat Islam, khususnya di negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Zainal Abidin dilaporkan berbalas mesej menerusi Twitter petang ini mengenai tindakan saman berhubung kenyataan Lim.
Dengan angkuh Guang Eng berkata: “Tak payah tunggu tujuh hari. Saman sekarang. Kamu belit. Buktikan apa saya cakap,” dalam mesej diposkan sekitar 7 petang tadi.
Kira-kira dua jam sebelum itu, Zainal Abidin dalam mesej kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata: “Saya beri notis tujuh hari kepada Lim Guan Eng, beri bukti, sebelum saya bawa ke mahkamah.”
Khairy berkata beliau berharap Umno Pulau Pinang akan menyaman Lim kerana menuduh membakar ibu pejabat DAP di George Town.
Ahad lepas, pejabat DAP di Jalan Talipon di George Town dan pusat perkhidmatan Setiausaha Politik Lim, Ng Wei Aik, di Lorong Seratus Tahun disimbah dengan cat.
Awal pagi semalam pula sebuah papan tanda dan pintu utama pejabat DAP Pulau Pinang itu mengalami kerosakan teruk akibat satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaacob hari ini sudah memberi jaminan polis akan menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat insiden cubaan membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang itu.
Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam menggesa Lim menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP.
Kerana itu Zainal Abidin dengan tegas menyebut: “Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman.”
Tiba masanya UMNO jangan hanya memberi amaran atau 'membuat ugutan' tetapi menyaman mereka yang sengaja memburuk-burukkan UMNO untuk meyakinkan rakyat bahawa ia parti bermaruah dan memang berjuang menegakkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.
Post a Comment