Headlines News :
Home » , , » Isu Rumah Kos Rendah, Kerajaan Pulau Pinang Tipu Rakyat

Isu Rumah Kos Rendah, Kerajaan Pulau Pinang Tipu Rakyat




KUALA LUMPUR 11 Ogos – Kerajaan Pulau Pinang tidak perlu berdolak dalik dan mempolitikkan isu pembinaan rumah kos rendah dan sederhana kerana tindakan itu menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah kepada rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata kerajaan negeri pimpinan DAP perlu bertindak segera menyelesaikan masalah itu kerana keperluan untuk itu amat tinggi dan jangan jadikannya sebagai modal politik.

“Isu rumah kos rendah ini bukan perkara baru, sudah banyak kali diperkatakan namun saya lihat kerajaan negeri cuba mencari untuk memperlambatkan proses pembinaan itu dengan pelbagai alasan untuk merencatkan perancangan itu.

“Sebenarnya, mereka nak jadikan isu rumah kos rendah ini sebagai modal politik, mereka tahu pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi jadi mereka nak gunakan isu untuk pancing undi dengan buat pelbagai janji.

“Tetapi apabila dah berjaya memerintah, segala janji yang dibuat tidak ditunaikan dan yang menjadi mangsa adalah rakyat berpendapatan rendah,” katanya kepada UMNO-online.

Zabariah berkata, keperluan rumah kos rendah amat tinggi di Pulau Pinang, namun perkara itu seperti tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri dan lebih berminat untuk membuat pembangunan membabitkan rumah dan pangsapuri mewah yang dilihat lebih banyak membawa keuntungan kepada mereka.

“Jika benar mereka ingin membantu serta meringankan beban rakyat, sudah lama mereka menunaikan janji mereka dahulu dan bukannya membuat janji-janji baru dan akhirnya tidak ditunaikan,” katantya.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu menangani masalah perumahan kos rendah dan sederhana dengan segera dan jangan asyik tumpukan perhatian kepada perumahan mewah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan tinggi serta mereka yang datang dari luar .

Zabariahm jika perkara ini dibiarkan, yang bakal menerima akibatnya adalah rakyat tempatan dan Pulau Pinang pada suatu hari nanti akan dipenuhi dengan rumah mewah yang didiami oleh orang luar sedangkan rakyat sendiri terpaksa merempat di tempat sendiri. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger