GEORGE TOWN, 9 Jun – Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung langkah kerajaan negeri pimpinan DAP mengadakan pengundian memilih pegawai-pegawai masjid di negeri itu.
engerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Barat Daya, Arshad Kassim, yang membuat laporan itu di Balai Polis Bayan Baru di sini, berkata tindakan kerajaan negeri itu tidak wajar kerana ia mempolitikkan isu masjid untuk kepentingan peribadi semata-mata.
“Apa tujuan berbuat demikian, kita nak masjid harmoni, biar ditadbir bersama-sama, bukan dengan cara ini,” katanya di sini.
Kerajaan negeri telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.
+ comments + 1 comments
Jihad!!! berkata benar kepada pemimpin yang zalim!!!
--Ganasnyer--
Post a Comment