PULAU PINANG 30 Mei - Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengendahkan tindakan sebuah hotel di sini yang menutup laluan awam.
Menurut Ketua Pemuda Pusat PCM, Liew Yeow Hooi, laporan itu antara lain meminta SPRM menyiasat tindakan 'double standard' oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta dua lagi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemilik hotel tersebut walaupun aduan telah dibuat.
Pada 21 Mei lalu, Yeow Hooi mendedahkan tindakan pemilik hotel itu yang didakwa sengaja menghalang lalu lintas awam dengan membina taman di bahagian belakang hotel, yang dahulunya kaki lima dan laluan pejalan kaki .
"Di belakang hotel itu terdapat kedai kopi dan bengkel membaiki motosikal. Bayangkan jika berlaku kebakaran, macam mana penghuni kedua-dua premis itu akan menyelamatkan diri jika laluan awam itu ditutup," katanya.
Yeow Hooi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md. Yatim serta beberapa pegawainya di pejabat SPRM negeri di sini, hari ini.
"Justeru itu, kami memohon SPRM melakukan siasatan segera terhadap hotel tersebut sebelum sesuatu yang lebih buruk terjadi," katanya di luar pekarangan SPRM di sini hari ini.
Menurut Yeow Hooi, bagi membantu mempercepatkan proses siasatan kes itu, beliau telah menyerahkan beberapa dokumen serta barang berkaitan kepada Latifah.
Dakwanya, beberapa aduan telah dikemukakan kepada MPPP sejak Disember lalu bagi mendapatkan penjelasan, malangnya ia tidak mendapat sebarang maklum balas.
Beliau turut mempersoalkan alasan serta sikap berdiam diri kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mengikut peraturan MPPP, pemilik tidak dibenarkan meletak barang di kaki lima
Post a Comment