KUALA LUMPUR 19 Nov. – Selepas kali terakhir mengadakan Konvensyen pada 1995, Barisan Nasional (BN) akan mengadakan Konvesyen BN pada 28 November 2010 di Wisma MCA dengan tema ‘1People, 1Nation, 1Vision’, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Lebih kurang 15 tahun tidak mengadakan konvensyen, apa yang telah diputuskan oleh Pengerusi BN, tahun ini akan mengadakan Konvensyen. BN juga telah menetapkan bahawa tahun ini diubah tempat. Ia diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA.
“Banyak yang tertanya-tanya, mengapa di Wisma San Choon dan bukannya di PWTC, saya nak beritahu bahawa BN satu barisan yang mantap. Barangkali tahun ini di Wisma MCA, pada masa akan datang di Bangunan MIC, Gerakan atau mana-mana kompenan BN yang lain, ” ujarnya kepada pemberita bagi menjelaskan mengenai Konvensyen BN di Wisma MCA pagi tadi.
Tambahnya, pertukaran tempat ini bukanlah satu masalah yang besar sebaliknya ia membuktikan bahawa BN adalah satu barisan yang mantap dan parti yang berstruktur yang kuat dan berakar umbi.
Sebelum Konvensyen diadakan pada 28 November, BN juga akan mengadakan Jamuan Perdana 1BN, yang akan dihadiri oleh perwakilan, di Seri Perdana pada 27 November.
“Kita telah menjemput perwakilan dari 13 parti kompenan BN, termasuk `Friends Of BN’ serta beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Kita jangkakan seramai 2100 akan menghadiri Konvensyen ini. Konvensyen ini akan dirasmikan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung UMNO
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
2 days ago
Post a Comment