Headlines News :
Home » » Anwar dah kemaruk nak jadi P.M

Anwar dah kemaruk nak jadi P.M



Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mampu menyelesaikan pertikaian antara Malaysia dan Indonesia dengan segera jika menjadi Perdana Menteri membuktikan beliau seorang yang kemaruk kuasa selain cuba untuk mengalih isu.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar kini tertekan kerana hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri semakin kelam selepas beberapa siri pendedahan menelanjangkan dirinya termasuk yang terbaru, pengakuan Muhamad Rahimi Osman.

Menurutnya, Ketua Pembangkang itu cuba untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pendedahan bekas setiausaha sulitnya itu.
"Anwar sepatutnya malu pada diri sendiri sebelum bercakap besar kerana masalah dalaman PKR sendiri pun gagal ditangani.

"Macam mana pemimpin yang tidak mampu menyelesaikan isu parti sendiri boleh mendabik dada kononnya berupaya menyelesaikan pertikaian yang lebih rumit membabitkan dua negara dalam masa yang singkat. Dakwaan ini sangat melucukan," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Zahid mengulas dakwaan Anwar kononnya beliau hanya memerlukan beberapa minggu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia jika menjadi Perdana Menteri, semasa diwawancara oleh stesen televisyen Indonesia, TVOne di Jakarta semalam.

Dalam wawancara itu juga, Anwar secara angkuh memberitahu, tujuannya ke Indonesia buat kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu adalah bagi menyatakan tidak ada sentimen memusuhi serta menghina negara tersebut, melainkan di kalangan mereka yang jahil, dangkal atau sombong sahaja.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, Anwar tersilap jika berasakan rakyat di kedua-dua negara mudah termakan 'gula-gula' terbarunya itu kerana semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu pun, pertikaian antara Malaysia, Indonesia sering timbul dan tidak dapat diselesaikan olehnya.

"Kenapa tidak selesaikan masalah ini semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang sangat berkuasa, bahkan pernah memangku jawatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu? Dakwaan ini tidak lebih cubaan untuk menangguk di air keruh," ujarnya.

Mengenai tindakan 'menyerang' Utusan Malaysia di Indonesia, beliau berkata, itulah demokrasi yang diperjuangkan Anwar iaitu sistem demokrasi mesti berpihak kepadanya sahaja.
dan mana-mana media yang cuba mendedahkan kepincangan terutama dalam PKR akan dianggap sebagai musuh.

Katanya, Anwar seorang ahli politik yang mudah lupa kerana akhbar yang dianggap sebagai musuh itulah suatu masa dahulu membantu cita-cita politiknya sehingga membolehkan beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri.

"Prinsip demokrasi bagi Anwar adalah kepincangan beliau, PKR dan pembangkang tidak boleh didedah. Bagi Anwar hanya beliau seorang boleh menyerang, menuduh dan melemparkan fitnah, sebab itu beliau marah apabila Utusan Malaysia membuka mata rakyat untuk mengenali siapa sebenarnya Anwar," katanya.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Lan
October 14, 2010 at 10:27 PM

Tak sihat agaknya Anwar Berahim ni...
Ketua Pembangkang Parlimen Indonesia pun tak pegi kat mana2 negara nak burukkan nama Indonesia...

Aku rase, Ketua Pembangkang Korea Selatan pun tak pegi jumpa Presiden Korea Utara untuk nak ngadu hal...

Pelik ler perangai ko, Anuwar...!

October 15, 2010 at 9:55 AM

nuar ... nuar ... apalah nak jadinya anak berahim ni

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger