Headlines News :
Home » » TUDUHAN MELULU KHAIRUDDIN DIBIDAS !

TUDUHAN MELULU KHAIRUDDIN DIBIDAS !



Merujuk kepada Wawancara Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan yang disiarkan oleh Malaysiakini pada Rabu, 17 Disember 2014 


"Adalah sangat mendukacitakan Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan telah memilih menggunakan media pro pembangkang untuk membuat tuduhan dan tohmahan tidak berasas kepada pimpinan UMNO dan BN Pulau Pinang dan tidak melalui saluran-saluran yang tersedia dalam parti. 

"Sebagai ahli UMNO, Dato' Paduka Khairuddin tentu maklum bahawa perlantikan Dato' Zainal Abidin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan adalah prerogatif Presiden parti. Walaupun Dato' Zainal pernah tewas dalam PRU, dua faktor perlu diberi perhatian dalam perlantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. 

"Pertama, Dato' Zainal Abidin Osman bertanding di kawasan Parlimen Nibong Tebal di mana pengundi Melayu hanya 44% dan pengundi bukan Melayu (Cina & India) adalah 56%. Namun begitu beliau masih memperoleh 75% sokongan pengundi Melayu di sana. 

"Kedua, di bawah pimpinan Dato' Zainal Abidin, UMNO Pulau Pinang berjaya mengekalkan pencapaiannya dalam PRU ke-12 pada PRU ke-13 lalu. Jumlah kerusi dimenangi sama dengan semasa PRU 12 di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi 

"Dato' Zainal Abidin juga diberi kepercayaan oleh YAB Perdana Menteri untuk mempengerusikan Majlis Pembangunan Bumiputera dan Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang yang turut dianggotai oleh Ketua -Ketua Bahagian dan YB Adun-Adun. Kedua-dua forum ini menyediakan ruang untuk melaksanakan banyak perkara untuk orang Melayu dan pembangunan negeri secara keseluruhannya. 

"Dakwaan Dato' Paduka Khairuddin yang mengatakan pimpinan UMNO di Pulau Pinang "tidur" adalah jauh tersasar. Beliau tidak menetap di Pulau Pinang, jelas sekali beliau tidak tahu atau "out of touch" dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. 

"Pada hemat saya Dato' Zainal Abidin mendapat sokongan penuh semua Ketua-ketua Bahagian, YB Ahli-ahli Parlimen dan YB Adun-Adun. Ketua-ketua Bahagian bermesyuarat tiap-tiap bulan dan semua memberi kerjasama yang baik dan jitu serta akur dengan keputusan-keputusan yang dibuat bersama serta arahan-arahan yang dibuat oleh Dato' Zainal. 

"Sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang saya tahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh UMNO Negeri Pulau Pinang. Boleh dikatakan setiap minggu ada program yang dilaksanakan oleh Bahagian-bahagian UMNO. 

"Sistem penggiliran tempat mesyuarat bulanan Badan Perhubungan UMNO Negeri juga memberi ruang kepada pimpinan UMNO Negeri Pulau Pinang untuk turun ke setiap bahagian. Setiap kali diadakan Mesyuarat Badan Perhubungan aktiviti turun padang bertemu masyarakat dilakukan dan pertemuan dengan pimpinan sayap-sayap parti juga dibuat. 

"Dato' Zainal juga turun merasmikan beberapa program rasmi yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Batu Kawan di samping lawatan-lawatan peribadi pesakit-pesakit kronik, kenduri kenduri dan memenuhi jemputan jemputan lain di kawasan ini 

"Menyentuh mengenai perlantikan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Negeri, apakah Dato' Paduka Khairuddin tidak sedar bahawa tiada pemimpin Gerakan yang menang dalam dua PRU yang lalu. Mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga pernah tewas dalam Pilihanraya di Pulau Pinang dan ia tidak menjadi isu bagi parti mereka. Yang penting gerak kerja diteruskan untuk pilihanraya berikutnya. 

Kenyataan Media 
Mohd Noor bin Ahmad 
Ketua Umno Bahagian Batu Kawan 
Pulau Pinang 
Khamis 18 Disember 2014
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger