Headlines News :
Home » » PDRM SIASAT GUAN ENG ISU KALIMAH ALLAH

PDRM SIASAT GUAN ENG ISU KALIMAH ALLAH





GEORGE TOWN: Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada sembilan individu dan tidak menolak kemungkinan memanggil beberapa pihak lagi bagi membantu siasatan kes itu.

Polis Pulau Pinang menerima sembilan laporan daripada pelbagai pihak berhubung kenyataan Lim yang dilapor membenarkan orang bukan Islam di negeri ini menggunakan kalimah Allah, katanya.

Abdul Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sehari Polis Kontinjen Pulau Pinang Bersama Masyarakat di sini, Rabu.

Jumaat lepas, beberapa portal melaporkan kenyataan Lim yang membenarkan orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Lim juga dilapor berkata larangan penggunaan kalimah Allah, yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004, tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger