Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, usul berkenaan akan dibawa beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO bermula 25 November ini di Kuala Lumpur.
Katanya, sokongan itu perlu untuk membolehkan UMNO mempertahankan 10 daripada 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 dan merampas kembali empat kawasan yang kalah.

“Orang Melayu perlu memberikan sokongan kerana hanya BN dan UMNO yang terbukti dapat membela rakyat negeri ini,” katanya ketika ditemui dalam majlis Kenduri Keluarga BN di Kampung Tanjung Putus, di sini hari ini.

10 kerusi DUN yang dimenangi UMNO ia­lah Pinang Tunggal, Penaga, Bertam, Permatang Berangan, Su­ngai Dua, Teluk Air Tawar, Bayan Lepas, Teluk Bahang, Pulau Betong dan Sungai Acheh.

Bagi kerusi Parlimen pula, UMNO menguasai Parlimen Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Balik Pulau.