Home »
Berita P.Pinang
» HOTEL & HOMESTAY TIADA LESEN AKAN BERDEPAN TINDAKAN SAMAN KERAJAAN P.PINANG
GEORGETOWN - Jika sebelum ini kerajaan negeri tidak berhasrat menyita hotel atau rumah enap desa (homestay) tanpa lesen yang dianggap akan mengganggu periuk nasi pengusahanya tetapi kini tidak lagi.Exco Kerajaan Tempatan, Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, mulai hari ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana hotel baru yang tidak mempunyai lesen.“Dalam mesyuarat jawatankuasa pemutihan hotel tanpa lesen pada 26 September lalu, kita memutuskan untuk mengeluarkan saman serta menyita hotel baru yang tiada lesen. Tindakan sama juga akan diambil ke atas pengusaha hotel baru yang tidak mengemukakan permohonan kepada PBT.“Pengusaha yang memohon atau dalam senarai PBT, kerajaan negeri bersetuju supaya PBT mengeluarkan permit sementara,” katanya pada sidang media semalam.Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan mempertimbangkan permohonan pengusaha yang menjadikan kediaman mereka sebagai hotel.“Permit sementara ini sah setahun dan akan ditawarkan mulai 1 November ini. Pengusaha diberi tempoh dua bulan dari tarikh ia dikeluarkan untuk menerima tawaran itu.“Ia bertujuan memberi masa kepada pengusaha hotel untuk mendapatkan lesen,” katanya.Kon Yeow berkata, pengusaha yang tidak menerima tawaran permit sementara akan dikenakan penguatkuasaan bermula 1 Januari depan.“Permit sementara itu tidak dikecualikan dari operasi agensi penguatkuasaan lain seperti polis atau Jabatan Imigresen.Sehingga kini, 168 hotel tanpa lesen dikenalpasti di bahagian pulau dan 26 hotel di seberang.
Post a Comment