Kami Pergerakan Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang merasa kesal atas kejadian Pesta Bogel yang berlaku di Taman Negara,Teluk Bahang baru-baru ini.Belum pernah kejadian seumpama ini berlaku di negara kita.
Perkara sebegini tidak sepatutnya dibiarkan menular kerana nilai-nilai barat patut ditakuti memberi impak negatif dalam kalangan anak muda.Memang kita menggalakkan pelancong-pelancong untuk datang melancong ke negara kita tetapi kita juga harus memberi kefahaman kepada pelancong bahawa negara kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum,pelbagai budaya dan agama.Sebagai pelancong mereka harus peka kepada budaya dan agama rasmi yang mengharamkan kegiatan seumpama ini.
Sebagai mana yang disebutkan oleh Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat sepenuhnya kejadian tersebut.Memanglah ianya menjadi tanggungjawab polis untuk membanteras kejadian seumpama ini,namun sebagai kerajaan yang prihatin,tanggungjawab moral sebegini perlu dipikul oleh kita sebagai wakil yang diberi amanah oleh rakyat.Maka ianya menjadi tanggungjawab kita semua untuk membanteras kejadian sebegini.
Selaku Pergerakan Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang yang berperanan sebagai ibu,kami memandang serius isu ini kerana kita tidak mahu mengundang lebih banyak masalah sosial dan moral yang kemungkinan tinggi timbul dalam kalangan masyarakat muda di negara kita.
Kami berharap agar pihak-pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.Kementerian Pelancongan haruslah mencari kaedah agar pelancong-pelancong yang memasuki negara kita diberi pendedahan awak mengenai budaya dan agama yang dianuti dan diamalkan oleh masyarakat di negara ini supaya mereka(pelancong) lebih menghormati 'culture' di negara kita.
+ comments + 1 comments
Patutlah Nazri sokong LGE mungkin nak dianjur lagi pesta seperti ini lagi..... kah...kah......
Post a Comment