Headlines News :
Home » » HISHAMUDDIN MAHU UMNO P.PINANG BANGKIT & JANGAN MUDAH PUTUS ASA

HISHAMUDDIN MAHU UMNO P.PINANG BANGKIT & JANGAN MUDAH PUTUS ASA



PERMATANG PAUH 24 Ogos - UMNO negeri yang kini sedang diuji kerana 'hilang' kuasa pentadbiran sejak tujuh tahun lalu tidak harus terus lesu sebaliknya perlu bangkit penuh semangat dalam mempertahan kaum, agama dan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak ada perkara yang perlu digusarkan kerana dalam banyak perkara, pihak yang sabar dengan ujian Allah SWT dan tidak mudah mengaku kalah akan beroleh kemenangan.

Mengambil contoh dirinya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau diuji apabila diminta memimpin Pergerakan Pemuda UMNO yang menghadapi perpecahan serius ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Tun Dr. Mahathir memberi masa kepada saya selama enam bulan untuk memulihkan Pemuda dan mengikut perjanjian ketika itu, jika gagal saya harus meletak jawatan," katanya.
Hishammuddin berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bagan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyatie Samsudin dan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr. Shaikh Hussain Mydin.

Hishammudin berkata, dalam tempoh ditetapkan, beliau turun ke kampung di seluruh negara bertemu ahli Pemuda dan berdepan pelbagai cabaran termasuk diludah dan ketika itu moral ahli berada pada tahap rendah kerana hendak memakai baju Pemuda juga berasa malu.

"Alhamdulillah, akhirnya dugaan itu berjaya diharungi dan Pemuda kembali diterima," katanya.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger