Headlines News :
Home » » 2 ADUN UMNO P.PINANG BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP N SURENDRAN

2 ADUN UMNO P.PINANG BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP N SURENDRAN




GEORGE TOWN: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bersama 15 individu mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 
Adun Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria berkata, tindakan anggota Parlimen daripada PKR itu dilihat bertujuan menghasut orang ramai agar meragui sistem kehakiman negara ini.

"Polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan segera ke atas Surendran yang telah membuat tuduhan melampau terhadap perdana menteri dalam kenyataannya di Istana Kehakiman, Putrajaya baru-baru ini.

"Kenyataan beliau juga memberi maksud seolah-olah perdana menteri telah menyalahgunakan kuasa sehingga menyebabkan pertuduhan ke atas (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur laut, di sini, Isnin.

Selain Mahmud, Adun Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan 15 individu daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membuat laporan polis.

Sementara itu, di IPD Seberang Perai Selatan (SPS) di Jawi, Nibong Tebal dekat sini, Ketua Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal Mohd Norhiesham Ismail bersama lima NGO turut membuat laporan polis terhadap Surendran.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger