Headlines News :
Home » » PEMUDA UMNO P.PINANG MAHU JUMPA MPSP & MPPP SELESAIKAN MASALAH PENIAGA MELAYU

PEMUDA UMNO P.PINANG MAHU JUMPA MPSP & MPPP SELESAIKAN MASALAH PENIAGA MELAYU



PULAU PINANG 26 Jan. - Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat sering mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu dilihat seolah-olah bertujuan melemahkan ekonomi orang Melayu di negeri ini, kata Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd. Rahim.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) seharusnya mengambil tindakan terhadap semua peniaga yang melanggar undang-undang dan tidak hanya kelihatan tegas apabila membabitkan peniaga Melayu.

"Kita tidak menghalang sekiranya MPPP dan MPSP mahu mengambil tindakan kepada peniaga yang melanggar peraturan, malah kita juga menghormati undang-undang sedia ada.

"Namun, apabila acap kali hanya peniagaan orang Melayu sahaja yang 'diganggu' pihak berkuasa terlibat dan Pemuda UMNO rasa tercabar. Kita tidak mahu peraturan yang ada digunakan sebagai alat untuk mengusir peniaga Melayu semata-mata," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, usaha MPPP dan Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya untuk merobohkan gerai peniaga Melayu di Kampung Teluk Bahang, Balik Pulau di sini terpaksa dibatalkan selepas hampir 100 penduduk kampung berkumpul sejak pukul 8 pagi bagi menghalang tindakan kumpulan penguat kuasa berkenaan.

Rafizal dalam pada itu menambah, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan MPSP dan MPPP bagi mencari jalan keluar terbaik dalam menangani kemelut peniaga Melayu yang berlaku di negeri ini.

"Kita mahu belajar resipi bagaimana peniaga kaum lain tidak diganggu oleh MPPP dan MPSP bagi membolehkan peniaga Melayu menggunakan resipi sama dalam menyelamatkan perniagaan mereka.

"Sepatutnya MPPP dan MPSP memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada peniaga Melayu berhubung soal perlesenan serta perniagaan, bukannya mengambil jalan mudah dengan merobohkan gerai mereka," tegasnya.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger