Headlines News :
Home » » PENYEBAR PENIPUAN HARGA MINYAK NAIK SEMALAM BAKAL BERDEPAN TINDAKAN SKMM

PENYEBAR PENIPUAN HARGA MINYAK NAIK SEMALAM BAKAL BERDEPAN TINDAKAN SKMM




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membuat  laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung penyebaran isu kenaikan harga minyak RON 95 sebanyak 10 sen yang disebarkan semalam.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, tindakan perlu diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengelakkan rakyat terus tertipu dengan perkara-perkara seperti ini.

"SKMM perlu melakukan siasatan segera tentang isu ini dan mereka yang terlibat perlu diambil tindakan berat dan tidak wajar dibiarkan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Taste of Malaysia di AEON Tsudanuma di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam tadi.

Hasan berkata, usaha kerajaan membangunkan negara dengan bersungguh-sungguh ketika ini telah dicemburui oleh sesetengah pihak dan terus-menerus mencetuskan suasana huru-hara seperti isu kenaikan harga minyak ini.

"Kita dapat lihat semalam, apabila tersebarnya berita kenaikan berkenaan, orang ramai mula membuat pembelian panik sehinggakan berlaku huru-hara di stesen-stesen minyak. Sebalknya kerajaan tidak mengumumkan kenaikan tersebut," jelasnya. - UM
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger