Headlines News :
Home » » AHLI PARLIMEN MASJID TANAH TAWAR DIRI TANDING KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

AHLI PARLIMEN MASJID TANAH TAWAR DIRI TANDING KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA




MELAKA: Ketua Pergerakan Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin, 37, menawarkan diri bertanding bagi jawatan Ketua Puteri pada pemilihan parti kali ini, jawatan yang dikosong penyandangnya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata, langkah itu diambil selepas mendapat maklum balas serta sokongan yang baik anggota dan sahabat puteri dari seluruh negara.
"Saya berharap berdasarkan pengalaman saya dalam Puteri selama tiga penggal sebagai Ketua Puteri Umno negeri, dan menjadi Exco selama dua penggal serta berada dalam kepimpinan tiga puteri yang berbeza sebelum ini, akan menjadi nilai tambah dan sokongan buat anggota puteri," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Mas Ermieyati, yang juga seorang peguam serta Anggota Parlimen Masjid Tanah setelah memenanginya pada pilihan raya umum Mei lepas, berkata beliau akan bekerja keras bagi mendapat sokongan anggota Puteri bagi meneruskan kesinambungan pemimpin sebelum ini.
"Saya juga telahpun menyampaikan hasrat saya ini kepada Rosnah, dan Timbalan Menteri Kerja Raya itu menasihatkan agar saya bertanding secara sihat," katanya.
Rosnah tidak mempertahan jawatan Ketua Puteri kerana mencapai had umur selepas menerajui kepimpinan sayap itu selama lima tahun. - BERNAMA
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 10, 2013 at 8:47 AM

MCA GOMBAK YIP KUM FOOK DAN PEMUDA MCA GOMBAK YIP JIUN HANN
Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

Sekian, Terima kasih

Anonymous
December 31, 2013 at 3:25 PM

Dear All MCA Members in respect,
That Yip Kum Fook of head Gombak and Yip Jiun Hann MCA Youth chief Gombak or father and son trying to grab the High Committee MCA party on this December
We hope that members of MCA party considering profuse, please not vote to people have two faces because their behaviour are very bad for Chinese community in Malaysia.
They used the power politic to cheating female, destroying others family , until the money SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, DESA JAYA, KEPONG, KL ,and dare swallow money of Buddhist temple and Indian temple land in Taman Daya he was burning to getting rich for own greed.
If this kind of opportunist groups supported the MCA party and we believe that this MCA party will not grown forever.
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger