Headlines News :
Home » » MP TASEK GELUGOR PERUNTUKAN RM300 RIBU BANTU GOLONGAN MISKIN, IBU TUNGGAL SEMPENA RAMADHAN

MP TASEK GELUGOR PERUNTUKAN RM300 RIBU BANTU GOLONGAN MISKIN, IBU TUNGGAL SEMPENA RAMADHAN




TASEK GELUGOR 22 Jun - Golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim mendapat perhatian Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang memperuntukkan sejumlah RM300,000 bagi membantu 2,000 golongan berkenaan sebagai persiapan menyambut Ramadan minggu depan.

Setiap penerima diberikan RM100 termasuk barangan makanan seperti beras sebanyak 10 kilogram, gula dan barangan lain.

Menurut Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Shabudin Yahaya, bantuan tersebut bagi meringankan beban keluarga terbabit selain merapatkan hubungan sesama umat Islam.


"Kita memberikan bantuan ini melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permatang Berangan, Sungai Dua dan Teluk Air Tawar.

"Penerima bantuan itu meningkat 15 peratus tahun ini berbanding tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis Sumbangan Ramadan di Pengkalan Batu, Pokok Tampang, dekat sini semalam.

Dalam majlis itu, seramai 600 orang menerima bantuan tersebut bagi DUN Permatang Berangan.

Sementara itu, Shabudin berkata, pihaknya menjangkakan jumlah penerima bantuan tersebut akan meningkat sehingga 3,000 orang tahun depan.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger