Headlines News :
Home » » 5 PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI P.PINANG TERLIBAT KES BUNUH - KPN

5 PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI P.PINANG TERLIBAT KES BUNUH - KPN



GEORGE TOWN 19 Ogos - Polis hari ini menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis percaya turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini pada pukul 4.30 pagi ini ialah ketua kumpulan itu.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis percaya berjaya menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa jenayah membabitkan senjata api.

"Hasil pemeriksaan ke atas tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.

"Dua lagi kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di Negeri Sembilan. Semua kes itu berlaku sejak tahun lepas termasuk yang terbaru di negeri ini (Pulau Pinang)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini. - BERNAMA


Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 19, 2013 at 10:37 PM

Tahniah KPN!

Teruskan usaha anda dan para anggota untuk 'mencantas' sampah masyarakat ini

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger