BUTTERWORTH 26 Julai - Kira-kira 200 pegawai dan anggota Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM) Butterworth diraikan dalam majlis Mesra Ramadan Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Pangsapuri Seri Bayu di sini semalam.
Majlis diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa golongan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, pengorbanan dan usaha murni anggota tentera kepada agama, bangsa dan negara wajar dihargai oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.
"Peranan anggota tentera adalah sangat besar dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
"Sehubungan itu, segala jasa dan pengorbanan mereka perlulah dihargai supaya mereka akan lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada negara," katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.
Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Ayer Tawar, Datuk Jahara Hamid dan ADUN Sungai Dua, Muhamad Yusoff.
Selain bacaan tahlil, Shabudin turut menyampaikan sumbangan kepada balu anggota tentera.
Post a Comment