Headlines News :
Home » » BN BUAT KEPUTUSAN TEPAT LETAK DR MAZLAN LAWAN ANWAR - ZAHRAIN

BN BUAT KEPUTUSAN TEPAT LETAK DR MAZLAN LAWAN ANWAR - ZAHRAIN



PULAU PINANG 18 April - Penyandang kerusi Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan terbaik apabila meletakkan Dr. Mazlan Ismail sebagai lawan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Zahrain berkata, Mazlan yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri itu dianggap buku bertemu ruas apabila berhadapan dengan Anwar kerana beliau mengetahui 'selok-belok' sikap Anwar. "Mazlan dahulu merupakan antara orang kuat Pas yang menyokong Anwar dan saya yakin dengan kesedaran yang ditonjolkan Mazlan, beliau mampu untuk menarik sokongan dalam kalangan penyokong Pas di Permatang Pauh.

  "Jadi saya harap andai benar Anwar kononnya pemimpin hebat seperti yang dicanang sebelum ini, jangan lari bertanding di Parlimen lain," katanya selepas majlis memperkenalkan calon BN bagi Parlimen Bayan Baru dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung di Sungai Ara di sini malam tadi. - UTUSAN Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130418/px_09/PRU-13-Mazlan-calon-terbaik-buat-Anwar-goyang#ixzz2QmItaZa9 © Utusan Melayu (M) Bhd
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 22, 2013 at 1:28 AM

Lawan sampai menang!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger