KUALA LUMPUR 4 Mac - Polis Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan senarai nama enam anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap penceroboh di Semporna, Sabah kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam di Kampung Srijaya, Simunul itu, enam penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu turut terbunuh.
Anggota keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu ialah:
Mereka ialah:
1. Superitenden Ibrahim Lebar - Cawangan Khas, Bukit Aman
2. ASP Michael Padel - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna
3. Sarjan Baharin Hamit - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah
4. Sarjan Aziz Sarikun - Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau
5. Koperal Salam Togiran - IPD Tawau
6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran - Batalion 14, PGA Tawau
- UTUSAN ONLINE
Post a Comment