Headlines News :
Home » » MCA keluar amaran kepada jentera bekerja keras menangkan BN

MCA keluar amaran kepada jentera bekerja keras menangkan BN




MCA tidak akan bersama kerajaan sekiranya gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan parti itu.

Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun berkata, amaran itu dikeluarkan agar jentera MCA bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Memandangkan MCA ada satu KPI, kalau kita tidak capai kita tak ada dalam kerajaan.

“Ini amaran (supaya) kerja kuat untuk menangkan BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau memberi reaksi itu susulan perjumpaan tertutup Ahli Jawatankuasa MCA Bahagian Hulu Selangor bersama Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek di sini, malam kelmarin.




Koon Mun yang juga Ketua MCA Bahagian Hulu Selangor berkata, pada perjumpaan itu, AJK MCA turut digesa memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut beliau yang juga Adun Kuala Kubu Bharu, walaupun beliau mengumumkan untuk tidak lagi bertanding pada PRU13 namun sokongan padu tetap diberikan terhadap BN.

“Kita akan sokong siapa saja calon yang ditetapkan Pengerusi BN walaupun calon tidak ada lagi,” katanya.

Koon Mun bagaimanapun mengesahkan perjumpaan itu tidak menyentuh isu calon yang bakal bertanding di Dun tersebut untuk menggantikan tempat beliau.

Beliau sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding di Dun Kuala Kubu Bharu pada PRU13 akan datang kerana mahu menumpukan perhatian pada perniagaan dan keluarga.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger