Headlines News :
Home » » Kalimah Allah : Mufti mahu umat Islam P.Pinang ikut Majlis Fatwa

Kalimah Allah : Mufti mahu umat Islam P.Pinang ikut Majlis Fatwa




PULAU PINANG 10 Jan. - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan isu kalimah Allah tidak perlu lagi dipertikaikan mana-mana pihak kerana sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tegasnya, melalui fatwa yang dikuatkuasakan pada 2010 itu, kalimah Allah diperuntukkan hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

"Majlis Fatwa telah memutuskan perkara itu dan kita di Pulau Pinang akur serta memegang pendirian hanya umat Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

"Oleh itu, tidak perlu lagi perkara ini dibangkitkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas bulan lalu mendesak kerajaan Pusat agar membenarkan penggunaan perkataan Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger