DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula untuk mengesahkan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini, kerana versi yang diperbetulkan, telah diaudit dan disahkan oleh akauntan bertauliah bebas, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
"Bagaimanapun, jika terdapat banyak permintaan dari cawangan atau pemimpin negeri, kita akan menimbangkannya - kita adalah sebuah parti yang demokratik," kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Mereka mesti membuatnya secara bertulis dan kami akan mengendalikan perkara itu secara dalaman. Mereka tidak perlu melakukannya dengan pergi kepada media BN dan mengulangi pendirian BN berhubung perkara itu.
"Sehingga kini, kita tidak menerima apa-apa secara bertulis. Apa yang kita ada hanyalah laporan dalam akhbar-akhbar yang dikawal BN," tegas beliau.
Lim menjawab soalan mengenai sepuluh ahli akar umbi - yang diketuai oleh K Yogasigamany dari Taman Chi Liung Indah - yang semalam menuntut diadakan pemilihan semula bagi mengembalikan integriti dan keyakinan awam kepada parti itu.
Yogasigamy berkata jika DAP gagal membuat pengiraan semula, maka persepsi awam bahawa berlaku "penipuan dan manipulasi" sewaktu pemilihan DAP untuk memilih pemimpin Melayu, akan berterusan dan menjejaskan reputasi parti itu.

Kontroversi itu timbul apabila DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan undi dan pelbagai pihak percaya bahawa ia dibuat bagi membolehkan calon Melayu tersenarai sebagai anggota CEC parti itu.
Post a Comment