Headlines News :
Home » » Kalimah Allah: Guan Eng tetap enggan ulas kepada media

Kalimah Allah: Guan Eng tetap enggan ulas kepada media






GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetap tidak mahu memberi reaksi berhubung isu kalimah ALLAH yang dibangkitkannya, walaupun sebelum ini beberapa kali wartawan cuba mendapatkan maklum balas daripadanya.


Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tidak mahu mengulas isu berkenaan buat masa ini dan hanya akan menjawab melalui kenyataan bertulis.

“Saya tak nak buat sebarang kenyataan lagi buat masa ini dan saya hanya akan jawab isu ini melalui kenyataan bertulis.

“Saya bimbang bila saya ulas sekarang kenyataan itu ia akan diputarbelitkan media,” katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan majlis pembukaan Kompleks Pasar Sri Aman di Relau di sini, semalam.
Guan Eng sebelum ini dikatakan cuba melarikan diri daripada wartawan yang mahu mendapatkan reaksinya dan menolak untuk bercakap dengan media mesra Barisan Nasional (BN) berkenaan isu itu.

Sementara itu, beliau diminta mengulas mengenai tindakannya itu yang seolah-olah baling batu sembunyi tangan berkata, “biarlah orang nak kata apa pun dan saya tetap tidak mahu menjawab lagi,” katanya.

Isu kalimah ALLAH dibangkitkan Guan Eng dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu menunjukkan beliau masih dengan pendirian yang sama.

“Bukan dia tak mahu jawab tetapi saya rasa dia masih lagi tetap dengan pendiriannya yang mahukan kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH kepada orang bukan Islam.
“Di Sabah dan Sarawak, ia telah diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah dan tentangan, jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di semenanjung kerana ia tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak,” katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger