Headlines News :
Home » » Kalimah Allah : Anwar kata titah Sultan Selangor tak perlu diikut kerajaan negeri

Kalimah Allah : Anwar kata titah Sultan Selangor tak perlu diikut kerajaan negeri




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan orang bukan Islam di negeri ini hanya terpakai kepada Pakatan Rakyat (PR).
 Menurutnya, walaupun titah tersebut dikeluarkan melalui Majlis Agama Islam Selangor (Mais), ia tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

 “Mais bergerak bebas dan tak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor, bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

 “Sebab itu semua larangan berkenaan hanya terpakai kepada PR dan tidak kepada Umno,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Mais, Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

 Berikutan itu, Mohd Misri berkata, Tuanku telah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan ahli-ahli Mais, Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kelmarin berhubung perkara itu.

Tegasnya, baginda membuat keputusan dan menetapkan bahawa kalimah ALLAH adalah perkataan suci yang khusus bagi umat Islam dan dilarang untuk digunakan oleh mana-mana agama bukan Islam di Selangor seperti yang dinyatakan dalam fatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 9, 2013 at 9:27 PM

kepala lancau mak hang la nuar..hari tu MAIS serbu DMCC upacara murtad kan orang Melayu ko suruh lembu Khalid mintak maaf..ko ni mmg dasar 7 keturunan sial yang tak pernah aman hidup ko...barua juboooo

Jijan Mali
January 9, 2013 at 10:56 PM

LAncau kau Nuar...dasar pengkhianat Islam dan Melayu...memang patutlah dengan gelaran yang best friend kau bagi.... 'Aljuburi'....ni aku tambah satu lagi...'Wal-Liwati'.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger