Headlines News :
Home » » Wartawan akhbar Cina P.Pinang dibelasah anggota PPS

Wartawan akhbar Cina P.Pinang dibelasah anggota PPS





GEORGE TOWN — Seorang wartawan akhbar bahasa Cina cedera selepas dipukul empat lelaki ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini, awal hari ini.
Ang Kean Siang, 32, dari Guan Ming Daily cedera di bibir dan badannya dan menerima rawatan awal di Hospital Pulau Pinang sebelum dirawat di Hospital Loh Guan Lye.
Dalam kejadian itu, kameranya turut dirosakkan kumpulan lelaki terbabit yang tidak berpuas hati kerana merakam kejadian seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan. Sebelum itu beliau dimarahi seorang lelaki yang mengarahkannya beredar di tempat kejadian.
"Bimbang berlaku kekecohan di situ, saya beredar sebelum seorang lelaki bermotosikal menawarkan untuk membawa saya keluar dari kawasan berkenaan dan saya bersetuju membonceng motosikalnya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.
Kean Siang berkata, lelaki berkenaan membawanya ke kawasan kontena yang dijadikan pos kawalan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang terletak di Lorong Perak dan meninggalkanya di situ.
"Selepas ditinggalkan di depan pos kawalan PPS berkenaan, datang lelaki yang memarahi saya sebelum ini bersama tiga lagi lelaki lain. Mereka merampas kamera dan menghempas ke lantai sehingga menyebabkan kamera saya rosak,” katanya.
Kean Siang berkata, empat lelaki berkenaan bertindak memukulnya di bahagian muka, badan dan salah seorang daripada mereka turut menendang kemaluannya.— BERNAMA


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger