GEORGETOWN 13 Dis. - UMNO Pulau Pinang telah pun menggerakkan jentera pilihan raya dengan mengaktifkan 141 pusat daerah mengundi sebagai persiapan awal, kata Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Katanya UMNO Pulau Pinang menyahut seruan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera pilihan raya parti di peringkat negeri diperkuat.
"Bagi kami di UMNO Pulau Pinang, kami sudah pun bergerak, sudah turun padang, pergi rumah ke rumah dan mengadakan ceramah. Kami terus buat kerja kami, menguatkan jentera pilihan raya," katanya kepada Bernama di sini.
Tambah Musa, Soal calon kami serahkan kepada presiden dan akan sokong (keputusan). Kami pun nampak di peringkat bahagian di negeri ini, mereka pun tak kisah siapa yang akan jadi calon, tetapi apa yang penting adalah bekerja kuat untuk pilihan raya akan datang.
"Saya percaya selePas nasihat daripada PM dan TPM, sekarang kita dapat lihat bahawa pemimpin UMNO di peringkat akar umbi (di Pulau Pinang) akan sokong siapa saja jadi calon, tidak akan ada sabotaj daripada ahli-ahli. Ini kerana mereka lihat keadaan politik di Pulau Pinang dan sudah pun juga merasai pengalaman (daripada pemerintahan pakatan pembangkang)," tambah beliau.
Musa juga memberitahu bahawa UMNO kini semakin diterima sebagai parti yang bukan hanya semata-mata mewakili masyarakat Melayu, tetapi kaum lain juga.
Bagi UMNO Pulau Pinang dan khususnya UMNO Bahagian Bukit Mertajam, kini boleh dilihat rakyat pelbagai kaum sering mengunjungi pusat khidmatnya untuk memohon bantuan atau urusan yang lain. - BERNAMA

Post a Comment